KELEBIHAN





Antara kelebihan peta minda:

↠ Dapat membantu seseorang mengingati maklumat dengan cepat

  • Dapat membantu seseorang dalam mengulangkaji pelajaran.Peta minda menggunakan kata kunci. Melalui cara ini, seseorang dapat menyimpan dan mengeluarkan maklumat dengan cepat. Selalunya kata kunci terdiri daripada kata nama dan kata kerja. Jadi dengan menggunakan kata kunci, kepantasan dan keberkesanan membuat nota meningkat.
↠ Membantu dalam membuat rumusan topik
  •  Agak sukar bagi seseorang yang bergelar pelajar untuk membuat rumusan topik terutama dalam subjek Sejarah kerana ia padat dengan fakta dan tulisan sehingga sukar untuk disimpan dalam memori. Namun, peta minda dapat  menjadikan rumusan topik lebih ringkas dan mudah untuk dibaca.
↠ Menjimatkan masa
  • Seseorang itu tidak perlu mengeluarkan nota yang panjang lebar untuk mengulangkaji pelajaran kerana dengan isi kandungan yang panjang lebar belum pasti ia memberikan maklumat yang berguna. Oleh yang demikian, ia dapat membantu seseorang dalam menjimatkan masanya melalui proses mengulangkaji pelajaran.

No comments:

Post a Comment