ALAT KEMAHIRAN BERFIKIR

ALAT KEMAHIRAN BERFIKIR




    Terdapat pelbagai alat kemahiran berfikir seperti peta minda, pemetaan i-think dan grafik. Peta minda adalah satu teknik lakaran yang boleh digunakan untuk mencatat nota. Pemetaan i-think mempunyai lapan jenis iaitu peta buih, peta buih berganda, peta pokok, peta titi, peta alir, peta pelbagai alir, peta dakap dan peta bulatan manakala grafik ialah visual bertujuan untuk memberikan ilustrasi dan informasi.


      Alat kemahiran yang saya pilih adalah peta minda. Peta minda merupakan satu kaedah mencatat dan mengingat nota yang berkesan terutamanya kepada pelajar. Peta minda yang diperkenalkan oleh Tony Buzan pada tahun 1974 merupakan satu teknik lakaran yang boleh digunakan untuk mencatat nota. Teknik ini mengambil kira faktor-faktor berhubung fungsi otak dan faktor-faktor yang membantu ingatan.















No comments:

Post a Comment