↠ Membazir masa
- Seseorang yang membuat peta minda menggunakan masa yang lebih kerana mengunakan kaedah yang pelbagai untuk menghias. Contohnya seseorang itu membuat peta minda dengan menggunakan warna atau krayon dan melukis corak-corak yang menarik untuk menghiasnya supaya nampak lebih cantik. Hal ini memakan masa yang lama sedangkan banyak lagi perkara penting yang boleh dilakukan.
↠ Hanya berbentuk ringkasan
- Peta minda yang digunakan hanya berbentuk ringkasan dan bukannya huraian yang panjang. Seseorang itu hanya dapat tahu maklumat yang serba ringkas dan tidak didedahkan kepada maklumat yang selebihnya. Seseorang itu akan tertanya-tanya kerana maklumat yang diberikan sangat ringkas.
↠ Orang lain sukar untuk fahan
- Peta minda yang dibuat adalah khas untuk diri sendiri supaya dapat mengimbas kembali topik yang telah belajar. Jadi, orang lain tidak akan faham dengan peta minda yang dilakukan, hanya diri sendiri yang mampu untuk faham kerana ringkasan untuk diri sendiri yang mempunyai kata kunci yang direka khas untuk mengingat kembali maklumat yang telah disampaikan
No comments:
Post a Comment